Monday, January 24, 2011

Tips memutuskan perhubungan cara baikla KONON!!


"YOUre NOT THE ONE".....
Camtulah ayat yang aku rasa macam tulus dan tak betul pun ada.Betul ka tak betul itu adalah dialog dalam cite 'HOW I MET YOUR MOTHER' season 1, time watak 'TED' nak mintak putus kat teman wanitanya.Ketinggalan zaman tul aku ni citer tu dah 2005 dah kuaq la ni 2011 why aku selalu menjadi person yang lambattttt....baru sekarang nak tonton.So aku terfikir balik agaknya bagaimana caranya memutuskan perhubungan dengan cara elok atau PUTUS CINTA CARA BAIK!!! jeng-jeng.

Susah bangat dong!!giler ke aper topik aku utarakan nie.Bagi orang yang ingin mengakhiri sesuatu perhubungan,mungkin dia ada sejuta alasan yang dia sendiri tahu & kenapa dia nak begitu.Mungkin family dia tak suka anda atau dia sudah ada pacar baru ataupun cewek yang sejuta kali lawa dari kamu..@#$%@%%c BUsiittt !!! aku terasa secara sepontan .So for the Guys or guls out there...Here the tips dari yunatie pengalaman kena putus cara sadis jebon tahap tak masuk akai.

1.Cepat-cepatla wei.....
Ooo bukan lee chong wei jer tapi kepada pemutus cepat-cepatler katakan,selagi kamu tunggu setahun,sejam,seminit malah sesaat, pasangan anda semakin sayang kepada kamu,so kalu dah tekad janganla dok tangguh sampai nak kawen.Buat janji temu & jumpalah si mangsa.Jangan guna sms atau FB terlalu dayus rasanya.

2.Jujur
Kalu dah tak suka baik beritahu je beb jangan cakap gini plak "Aku sayang sama kamu, tapi aku lagi pingin sendiri." Kalu dah ada yang len jangan cakap lagi coz pedihhh beb tapi takyahla dok tipu pasang dua tiga sebab anda tu bukanlah hensem sangat pown kalu getah sekerap lagi wangi baunya.Berikan jawapan yang sepatutnya serta alasan yang kukuh untuk menegakkan pendirian anda...kompemla banyak alasan kalu tak nak!!

3. Jangan ucap kata berunsur sindiran atau merendahkan harga diri si Dia
Aduhh..dahla tak suka pada si-dia tapi janganlah pulak dok maki or komen tentang si dia.Kasihanila si dia sebab dahla kita mengecewakannya,ni dok hentam dia ni kurengggggla,kentut busukla bla-bla...adusss bisa nyer bukan sket lagi parah boleh membunuh ya..

4.Tak perlu menyesal & jangan kasihankan si Dia
OPcoss ler kalu si Dia dikecewakan tentulah dihujani dengan kemarahan,herdikan,permintaan,peluang kedua dan tangisan.Tapi anda harus nekad dan biarkan rasa besalah serta kasihankan si Dia.Nak buat camner tak leh nak paksa bro!!pahtu toksahla sms or call sementara waktu bagilah siDia reda dulu...hahaha bape lama gue tak tau.

5.Ucap kata-kata yang baik sebelom akhiri pertemuan
Kalu kena marah ke nasibla bro.tapi ape leh buat sabo je lah bukan salah dia & kita pun.So katakanlah si Dia akan menemui seseorang yang lebih baik kelak.Kalu ada hutang ke bayorla bagi puas ati si Dia.Jangan plak sijil-sijil SPM diploma di remukkan.Tapi jangan sesekali ucapkan sayang ataupun cinta pada si Dia nak mampusss tu bagi harapan namanya...






Hmm bagi si Dia yang kecewa dengan pepisahan ini,Tips akan muncul pada entry yang akan datang hahaha.Tungguuu beb.Saja je buh entry ni sebab tiba-tiba je terlintas di fikiran nak tulih pasai ni.Aku pun nak tergelak meby pengaruh dari bahan bacaan yang aku baca pagi tadi gossip terhebat hari ini 'Pasha Sanda & Jejai putus kaseh' hehehe macam lawak je.Kaki gosip gak aku nie.Tapi buat si kecewa ini untuk anda malah nasihat tuk saya sendiri...
"Hiduplah, dan hadapilah. Cinta yang terputus itu, mungkin teguran halus daripada ALLAH SWT. Mungkin ALLAH hendak menyatakan si dia bukan jodoh anda, mungkin juga ALLAH hendak anda muhasabah balik kesilapan-kesilapan yang berlaku sepanjang anda bercinta, mungkin juga ALLAH hendak memberikan anda sesuatu yang lebih baik. Kenapa anda tidak boleh mendidik diri untuk bersangka baik kepada ALLAH?"

Yunatie merapu lagi...chowww



Wednesday, January 19, 2011

Zaquan Adha dah nak kawen...!!OHH Tidakk

Inilah desas desus pengkhabaran yang membuatkan hati ramai awek-awek di luar sana menjadi remuk dan berkecai.Dan dibawah ini adalah berita panas yang tiba di ruang mukabuku ku setelah 2 hari aku MC tidak ke opis kilangku.


Tajuk je bunyi macam mereng....haha apela aku dok merepek ni sume angkara cik Zetta or lebihmesra di kenali sebagai bunga cengkih ataupun layari saja http://ohbungacengkih.blogspot.com/. Adaka patottt? dia menuduh ku demam 2 hari tidak ke tempat kerja semata-mata frust terhadap khabar berita ini.Yang paling membuat aku seperti ingin mengSMASH bunga cengkih ini bahawa dia telah mendapat jemputan khas dari sepupu rozita che wann...INI TIDAKK ADILL!!! aku kan kekasih lamanya tapi tiada sebarang jemputan pun hahahhaha (acah jer) sapalah aku Zaquan pun belum tentu kenai haku hahaha.Ayu Radhah saya meminati lakonan kamu yer hehe..So sapa-sapa di luar sana belum mengenali Zaquan Adha ini lah profile dan juga gambaq-gambaq yg telah membuat ku jatuh cinta pada rambutnya......hahaha hanya pada rambutnya...hensem bangat dong!!


Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak
August 3, 1987 (age 23)
Malaysia Striker

Sebenarnya bukannya minat sangat pun tapi biasalah buat cuci-cuci mata sahaja.Ni plak gambo kembarnya Aidil Zafuan & pemain yang aku minat sangat berasal dari kedah anak pesilat tu.



Last but not least,hahaha ceq tak minat sangat pon kat si Zaquan ni.saja-saja je post untuk mengupdate blog.Maklumlah dah lama sangat tak update.Saja-saja suruh korang cuci mata terutama cik BUNGA CENGKIH
"gue tau lu mesti ushar blog gue punya hahaha"

"gue minat sangat kat mamat yang dok sebelah zaquan tu op coz gue tau lu mesti gelak sakan"
Yang tulah peminat i silap ,i peminat dia khyrill muhymeenn bek tengah kedah & malaysia sekali.I dah lama ushar mamat ni since 2007 kot.Huh lama tu....dulu dapat keje gomen dekat-dekat stadium darul aman takmau padan muka....kalu tak mana tau jodoh dok ushar petang-petang sangkut kat gue tak ke namanya jodoh tu hahahhaha.berangan je lebey.....last selamat pengantin baru buat Zaquan Adha dari yunatie

Saturday, January 8, 2011

Awan Nano


Lirik Awan Nano – Hafiz AF7

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu


ehem....mode jiwang lagi..ape nak buat kemarin pi layan cite hindustan 'Sawariyaaa" tu la punya pasai.Kisah chenta yang bermotifkan cinta tak seharusnya memiliki adoyaiiiii terkene gue hehe.
But ive learned certain part of the movie you know!! CHennta can changed everything, mengubah seseorang yang baik menjadi kejam,seseorang yang bengis menjadi riang,& seseorang yang jahat menjadi insaniah yang baik.CHennta tak semestinya dimiliki, mungkin jika kita dapat bersama pasangan yang kita cintai bersyukurla kerana DIA memberi ihsan kepada kita.Jika bukan percayala kerana Allah selalu bersama kita dan dia tahu apa yang terbaik untuk kita.Tapi jika dia ditakdirkan untuk kita maka kehendaknya bersama jua akhirnya.Awan Nano punya lirik buat aku rasa sedih sangat......" Aku pelindung dirimu sayang Walaupun tak akan tercapai jejarimu" but i remember one word " sekali kita jatuh, sejuta kali kita coba bangun " i am broken but i already fix it ~ people always leave!!

Monday, January 3, 2011

2011 with new style.....2010 making history



Alhamdulillah, dah masuk tahun baru....HEPY NU YER 2011 my fwen!!!!

Thanks to Allah for giving me a great life & journey....cita-cita & azam (* cuti2 mesia around da world,kemere black,MyJazz,keje Gomen*) aku pada TWENTY TEN pun tercapai..oh yeah!!tapi bab keje gomen tu r...akhirnya aku terpaksa tolak harap-harap ada rezeki yang lebih baik menanti. Now waiting & harap-harap sangat azam 2011 terlaksana & dimakbulkan olehNYA-kasihanilah hambamu ini...amin.



Apa azam anda di tahun 2011? jadi jutawan ka? saya pun mau hahaha

Tapi azam aku tuk awai tahun ni pelik sket...sebab dia nak kena maintain sampai bebila...huh susah gila babeng ooo nak laksanakan misi ni...tapi akan aku cuba...bagi sesapa yang ada niat or azam dia sama & aku dipersilakan mengamalkan tips2 yang aku pelajari di http://pakarhowto.com/tips/tips-diet-untuk-kuruskan-badan.html hahahaha....kecoh 1 doniaaa yunatie nak kurus...kompem!!



Bunyi dram........colan-colan tips yang mesti dituruti yunatie..........now 58kg target 52 mak oi slimmnyer



  • Amalkan makan malam sebelom jam tujoh.Elakkan mengambil makanan berat kerana kadar metabolisme yang rendah pada waktu malam menyebabkan makanan disimpan sebagai lemak -balik keje pun kul 7 guane ni...so bos bagi kebenaran saya balik awai




  • Jangan terpengaruh dengan iklan & produk - hampir-hampir tejebak tapi akibat sindrom no money so cancel




  • Dapatkan nasihat Doktor espcially DR ROzmey-opppsss tersilap sebelom membeli produk diet-DR Rozmey selalu nasihat tengok 2 alam tapi tak tengok sebab tu aku gemok kot




  • Rajinkan diri melakukan sit-up.kalu mampu blehla bekunjung ke Gym bedekatan-Gym kat bilik tidoq selalu dok buat




  • Positifkan diri anda.Buat target badan realistik & jangan memaksa diri untuk mencapai postur yang diingini-tiada paksaan apabila makan kali ni kena paksa jangan makan




  • Jangan asyik menimbang berat.Anda akan kecewa jika masih tiada perubahan




  • Beri penghargaan tuk diri sendiri contoh makan 1 bar coklat yang sedap.jangan risau sesekali tak mengapa-Kak Hazu sila adiahkan saya chese kek yang paling sodap yer hahaha


gambo ni berat aku 58kg.........hopefully kalu aku amalkan tips kat atas agak-agak boleh dapat tak berat ideal kesukaan aku ataupun postur cam jessica alba tu...ohhh u r my idol


huh...bleh ka?(gelak besaq).....fuhhhh kompem sama sejibikk.......bleh ngorat johnny depp lepas ni gamaknyer hahah