Monday, August 1, 2011

30 Hari Mencari Cinta_NYA .Day 1


Alhamdulillah dah masuk bulan ramadahan.Bulan yang penuh dengan keberkatan.Dengan kesempatan ini lebih baik aku sharedkan entry-entry yang boleh membantu saudara & saudari mendapat pahala percuma.Sebenarnya aku pun tak tahu nak update blog apa kat sini...takdak crita-crita best.jadi dalam bulan mulia ini insyaallah aku cuba post sesuatu yang boleh di kongsi bersama...luv u olllls

Persediaan menyambut Ramadhan

Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya. Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan.


Pada bulan tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya. Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain.

Allahumma Ballighna Ramadhan - merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang soleh bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.

Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini. Janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah inilah Ramadhan terakhir buat kita.

Mari kita rebut peluang ini!

1.Firstly, sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh.

2.Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.
Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.

3.Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala
Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan
Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan

4.Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan.
Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan
Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan diatas


Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan.



hasil ini di copy dari http://akuislam.com/blog/mauidzah/menghadapi-ramadhan/#more-9605

Monday, May 23, 2011

MISTERI dalam HATI ...yewwww




Emmm wow dah nak masuk bulan 6 tinggal bape hari je lagi.Tak sangka bulan 5 bulan peberet aku ni dah nak berakhir...op cosla sebab bulan 5 bulan kelahiran yunatie the poyo gurl.Nak tahu cite what happen at my DAY ...tunggu la nu coz kalu ada mood nak citer nati gue ceriter yer...takdela happening tara mana tapi THANK YOU ALLAH coz menghadirkan perjalanan yang indah buat hambamu ini....

Bukan bajet nak citer pasai ari besday aku cuma,...aku nak tanya kt korang (dulu study kat s.alam jadi pelat KL tu mau ada haha) lmember-member blog or kaki reader suma pasai MISTERI HATIKU.Ive been trying too hard la nak pikiaq benda nie.Tapi aku teringin sangat sampai nak menjerit atas KLCC tu takpun KOMTAR dah ler.Misterinya ialah nak pilih mana 1 terbaik & syiokkkkkk.Ada tiga pilihan yang bermain-main dalam hati aku.Yuna dah ada QIberry hehe.Takan aku nak ikut dia kot apa barang!!

Nak tau apa dilema aku?.Ni dia......3 pilihan yg aku maksudkan.

  • I-phone 4
  • Samsung Galaxy S




  • HTC desire




haha tu la 3 jejaka yang berjaya memikat hati kecik ku ini.tapi masalahnya duit bonus yang baru aku dapat aku just adiahkan diri aku dengan sportrim baru.so mana nak dapat fuluss nak korek benda ni.emmm takan nak jadi robinhood kot.Macamtu kena doa banyak-banyak kat mak ayah sure dapat rezeki lebih lagi (gile tak ikhlas lansung beb) aku just kidding je...mana bleh camtu.Insyaallah aku akan dapatkan 1 for my elf.tapi sekarang nie nape tiba-tiba hatiku lebih tertarik kepada si sam bunkface tu.Meby sebab android & gaya dia menarik.But aiponpo tu pun ok kalu guna jailbreaker punya software bleh guna application free.HTC tu emmmmp.....last choice kot.well kawan-kawan tolong gue....yunatie nak layan marimar dulu...adiosss

Saturday, May 21, 2011

Klik saja...Semudah ABC


Hi!!! U olllss geng blogger & kaki reader suma. Rasa macam bertahun-tahun dah aku tak update blog nie yer. Emmm kesibukan melanda apa bleh buat.... Thanks to geng blogger agilent yang tak putus-putus menyenaraikan,mempromosikan blog ini walaupun yunatie tak sempat lansung nak buka blog nie...dalam sebulan adalah 3-4 kali jer..but i will come back!!! I promise.never let the spirit die..

Alang-alang aku mengupdate blog ini,maka aku nak promosikan laman web sosial (sosial sungguh yunatie ni) terbaru aku yang setakat ini mengutip 30 follower sahaja so far. Kesian..kesian



Mari dan kunjungilah laman web ini dan jangan lupa menjadi pengikut setiaku...kerana anda tersangat comel jika menjadi follower saya.teramat & amat cute seperti gambar di bawah..




ok jangan lupa noooo......yunatie chow dulu...salam