Saturday, August 13, 2011

30 Hari Mencari Cinta_NYA .Day 12


Cinta pada 12 ramadhan 1432 aku nak kongsikan kata-kata yang terdapat pada home twitter ku dari petikan kata-kata http://twitter.com/#!/IslamSpeaks.Mungkin bagi diriku yang lemah dalam penguasaan Bahasa Omputih maka medan ini dapat ku belajar untuk megetahui maksud ataupun dictionary untuk ayat-ayat yang tak pernah ku tahu maksudnya.Jom mencari transelitnya huhu

Rasulullah ﷺ said, "Fasting is a shield with which a servant protects himself from the Fire." (Ahmad)

Barangsiapa yang lebih dulu pergi ke masjid pada hari Jumaat (untuk solat jumaat), berpahala lebih besar (Bukhari)

Good character costs nothing but it can buy everything. (Ali Ibn Abi Talib)

Know that if people are AMAZED by you, then they are simply AMAZED at how BEAUTIFULLY Allah has concealed your faults.

SubḥānAllāh, the beauty and ease of dhikr: Saying (لا إله إلا الله) doesn't even require you to move your lips, just your tongue. Try it!

Iftar, in Brunei is called "sungkai", in Indonesia it is called "buka puasa" & Malaysian refered it as "berbuka puasa".

Only Allaah Azza Wajal can turn a MESS into MESSage, a TEST into a TESTimony, a TRIal into TRIumph, a VICTim into a VICTory.

Siapa yang memberi berbuka orang puasa, baginya pahala seperti pahala orang berpuasa tadi tanpa dikurangi dari pahalanya sedikitpun.

A kind word can bring warmth to the coldest heart on the coldest winter night and cool down a boiling heart on the hottest summer day.

Sell your current life for your latter life - and you will win both, Do not sell your akhirah for this life, for you will lose them both

Wednesday, August 10, 2011

30 Hari Mencari Cinta_NYA .Day 11

PUASA LAGI!!!! BACA JGN TAK BACA

Tanda puasa yang sempurna selain ikhlas kepada Allah ialah reda dan gembira. Tidak merasa berat melakukan ibadat bahkan merasa gembira dengan mengingat janji Allah kepada orang yang berpuasa.

Janji-janji Allah itu dikhabarkan Rasulullah SAW dalam hadis Baginda antaranya:

Pertama ialah pahala istimewa yang menjadi rahsia Allah disimpan untuk orang yang berpuasa. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Allah berfirman:

Puasa itu untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Janji Allah yang kedua, diampun segala dosa seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang berpuasa dengan keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Ketiga, dijauhkan dari api neraka. Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidaklah seorang hamba yang mengerjakan puasa satu hari kerana Allah, melainkan Allah menjaga dirinya dari neraka sejauh perjalanan 70 tahun kerana puasanya yang sehari itu.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Keempat, imbalan tunai dan kesihatan jasmani. Sebelum pakar kesihatan mengkaji dan menemukan manfaat puasa,

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Berpuasalah nescaya kamu akan sihat.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Kelima, doa yang tidak akan ditolak. Rasulullah SAW menegaskan dengan sabdanya yang bermaksud:

“Tiga orang yang doanya tidak akan ditolak; pemimpin adil, orang berpuasa sehingga dia berbuka dan orang yang teraniaya.” (Riwayat Ahmad, al-Nasai, al-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Keenam ialah masuk syurga melalui Bab al-Rayyan. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang termasuk golongan orang mengerjakan sembahyang maka ia akan dipanggil dari pintu solat.


Barang siapa termasuk golongan orang melakukan jihad, maka ia akan dipanggil dari pintu jihad. Barang siapa termasuk golongan orang yang berpuasa maka dia akan dipanggil dari pintu al-Rayyan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Enam ganjaran tadi boleh menjadi pemacu ke arah kesempurnaan puasa. Saat menahan lapar dan dahaga, ketika menghidupkan malam dengan ibadat, membaca al-Quran pada siang hari, bersedekah, bekerja dan menuntut ilmu, ketika zikrullah tidak terlucut dari hati dan lisan, ingatlah enam ganjaran ini.

Puasa itu memberi kesan kepada keperibadian.

Selepas seseorang itu bersusah payah mengawal hawa nafsunya sepanjang Ramadan, tetapi ketika berakhirnya Ramadan dia kembali menjadi orang panas baran, tamak, rakus dan gelojoh maknanya puasanya itu tidak memberi kesan kepada keperibadiannya. Dia tidak mencapai matlamat ditetapkan al-Quran.

Hal ini dijelaskan firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa seperti diwajibkan atas orang sebelum kamu supaya kamu bertakwa.”

(Surah al-Baqarah, ayat 183)


Matlamat akhir ibadat puasa ialah mendapatkan bekalan takwa yang cukup untuk menjalani hari-hari seterusnya. Maknanya pada Syawal pun kita masih merasai nikmat beribadah seperti dirasai pada bulan Ramadan.

Tetapi ramai melepaskan pakaian takwanya ketika memasuki Syawal dan seterusnya tenggelam mengikut arus kecuali orang yang diberi cahaya petunjuk Allah.

Berhasilkah puasa membentuk keperibadian? Hal ini bergantung kepada sejauh mana kesungguhan seseorang menghiasi diri dengan pakaian takwanya atau dia mengganti pakaiannya itu dengan fesyen tidak diredai Tuhannya. Aduhai, alangkah ruginya manusia itu di dunia dan akhirat

30 Hari Mencari Cinta_NYA .Day 10

Alhamdulillah, dah masuk hari ke 10 kita berpuasa.wow genap 10 hari.Syabas!! bg anda yang berpuasa penuh setakat ini.Bagi yang tak penuh atas sebab yang diizinkan anda juga tahniah sebab membaca blog ini hehehe.Even takdak pelawat or penunggu post,yunatie tetap nak post jugak.ADA AKU KESAH hehehe sebab blog ini mulanya hanya untuk meluahkan isi hati yang tak larat pendam or kongsi maklumat ja,tapi pada bulan yang mulia ini aku telah bertekad untuk melakukan sesuatu yang boleh memberi erti or ilmu yang bermanfaat kepada pembaca tegar(ada ka?). Tambah pahala bro bulan-bulan posa nie.Jadi akibat hari ni mengalami masalah mental sedikit akibat terlalu rindu pada PHP ku atau MYJAZZ ku yang berada di Kuala Kangsar selama seminggu.I love u MYJAZZ....ini ku kongsikan tentang HARTA DONIAAAAAA....




Bila Harta Dunia Menjadi Keutamaan..

Pak Kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja. Suatu hari datang la Seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. Beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. setelah 3 hari berkahwin.. Seman masih duk kat umah mentuanya. Setelah azan maghrib berkumandang. Pak Kasim mengajak Seman utk solat maghrib berjamaah. Seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat.

Lalu Seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya.”yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni” “takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat” isterinya berbisik perlahan. Seman pun keluar untuk solat bersama Pak Kasim. Setelah Pak Kasim takbir.. Seman ikut takbir… lalu Pak Kasim membaca surah alfatihah..”bismillahirrahmanirrahim…”
Seman pun turut membaca bismillah dengan lantang…”bismillahirrahmanirrahim…”

Aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? Setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati Pak Kasim..Pak Kasim buat selamba. Dia terus membaca surah al-fatihah. Seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. Pak Kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat Seman.

Seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah Pak Kasim.
“ish! gila ke menantu aku ni??” Pak Kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari Seman. Seman turut berjalan ke depan mengikut langkah Pak Kasim. Pak Kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya.
Seman terus berlari mengejar Pak Kasim sampai ke tepi sawah. Tiba-tiba Pak Kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir.

Pak Kasim pun terus bertanya kepada Seman.”Seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?” “ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau.sampai kena berlari..”



emmmm....berkongsi blog dari sumber laman nurani sebagai renungan tuk suma....hahaha hepy2 sket di bulan posa kena ceria2!!