Wednesday, February 1, 2012
Friday, August 26, 2011
30 Hari Mencari Cinta_NYA .Day 26
Bunga ini untuk yang teristimewa
“Bunga” Fatimah yang tumbuh dan berkembang dalam binaan langsung dari ayahanda Rasul yang baik, lemah lembut dan terpuji menjadikannya seorang gadis yang juga penuh kelembutan, berwibawa, mencintai kebaikan plus akhlak terpuji meneladani sang ayah. Maka tidaklah aneh, bunga yang dinisbatkan Rasul menjadi wanita penghulu syurga itu menjadi primadona di kalangan para sahabat Rasulullah.
Tercatat, beberapa sahabat utama seperti Abu Bakar dan Umar bin Khattab pernah mencuba melamar Fatimah. Hanya saja, sayangnya dengan halus Rasulullah menolak lamaran para sahabat itu. Hingga akhirnya datanglah Ali bin Abi Thalib untuk meminang Fatimah. “Aku mendatangi Rasulullah untuk meminang putri beliau, iaitu Fatimah. Aku berkata: Demi Allah aku tidak memiliki apa-apa, namun aku ingat kebaikan Rasulullah, maka aku beranikan diri untuk meminangnya”. Akhirnya, Rasulullah pun menerima pinangan Ali meski hanya mempersembahkan baju besi al khuthaimah (yang juga merupakan pemberian Rasul).
Fatimah adalah bunga yang terpelihara, tidak terlepas dari pandangan yang mendidik, membina, memeliharanya adalah manusia agung nan mulia Muhammad Rasul Allah, yang memiliki segala keterpujian. Bunga yang indah dengan segala keistimewaannya, harus dipelihara dan dijaga oleh orang yang istimewa dan memiliki berbagai kelebihan pula, dalam hal ini Ali bin Abi Thalib. Siapa yang meragukan kepimpinan Abu Bakar dan Umar bin Khattab, yang keduanya kemudian berturut-turut menjadi khalifah meneruskan perjuangan kaum muslimin menggantikan Rasul. Lalu kenapa ayahanda sang bunga itu menolaknya?
Pertanyaan selanjutnya, kenapa Ali yang hanya bermodalkan baju besi (yang juga pemberian Rasul) menjadi pilihan Rasul untuk mendampingi Fatimah? Meski memang Rasulullah yang paling tahu alasan itu (termasuk juga alasan menolak pinangan dua sahabat yang juga istimewa), namun kita boleh melihat segi kelebihan dari Ali bin Abi Thalib, pemuda pemberani ini. Ali adalah lelaki istimewa, termasuk dalam assabiquunal awwaluun (golongan pertama yang masuk Islam) dengan usia termuda. Soal keberanian, jangan pernah menyangsikan lelaki ini. Perang badar yang diikuti oleh seluruh manusia pemberani didikan Rasul, terselip satu lelaki muda yang dengan gagahnya maju ke depan ketika seorang pemuka dan ahli perang kaum kafir menantang untuk berduel. Meski awalnya dilecehkan kerana dianggap masih kecil, namun Ali dengan kehebatannya mampu mengalahkan musuh duelnya itu. Tidak sampai disitu, yang membuat Rasulullah tidak boleh melupakannya adalah jasa besar dan keberanian Ali menggantikan Rasul tidur di pembaringannya saat Rasulullah ditemani Abu Bakar menyelinap ke luar saat baginda ingin berhijrah. Padahal risikonya adalah mati di penggal.
Tentu masih banyak dan tidak akan cukup satu halaman untuk mencatat kelebihan Ali yang menjadikannya begitu istimewa. Satu yang bisa kita tangkap secara jelas, bahwa wanita istimewa memang dipersiapkan untuk lelaki istimewa. Seperti halnya, “bunga” Fatimah yang hanya Ali bin Abi Thalib yang diizinkan Rasulullah untuk memetiknya. Oleh kerana itu, jangan pernah berharap akan datangnya seseorang istimewa jika tak pernah menjadikan diri ini istimewa.
30 Hari Mencari Cinta_NYA .Day 25
Mencari Cinta di Sepuluh Yang Terakhir
Alhamdulillah..
Suasana beriktikaf di masjid sudah mula terasa. Tersentuh juga apabila melihat si ayah membawa anak-anaknya yang masih kecil tidur bersama-sama di masjid. Subhanallah.. Indahnya..
Masjid mulai terang.
Bacaan ayat-ayat al-Quran terus bergema tiada henti dari lisan mereka yang mencari cinta.
Walaupun yang memeriahkan malam-malam penghujung Ramadhan ini masih lagi terlalu sedikit jika mahu dibandingkan dengan mereka yang memeriahkan pasar raya dan kedai langsir.
Tapi, insya-Allah. sedikit peringatan untuk semua dan yang paling penting untuk diri ini yang sangat hina di mata Rabb-nya.
Akankah aku bertemu dengan malam itu. Jika aku menemuinya sekalipun, aku menemuinya untuk apa?
Cukuplah.
Jika 20 malam yang sudah berlalu itu kita lalui sama sahaja dengan malam-malam yang lain. Dipenuhi dengan kemaksiatan, buang masa. Ada yang mungkin juga penuh dengan Dota dancounter strike, tak kurang juga yang masih lagi seronok berdating iftar sama-sama di dalam bulan yang Allah muliakan ini. Sesuatu yang sepatutnya menjadi satu ibadah, tapi malangnya sedar atau tidak ianya dicemari dengan nilai-nilai hina kemaksiatan.
Maka, mari kita pastikan malam yang mendatang ini akan menjadi lebih baik! Bukan setakat lebih baik, tapi kita harapkan ianya menjadi yang terbaik!
Terbaik pada mata siapa?
Bukan pada mata awek kita. Mata kawan kita. Mata mak ayah kita.
Tetapi, pastinya pada mata murobbi kita yang paling utama.
Bukan murobbi halaqoh!
Tetapi, Allah yang Maha Kuasa.
Mari kita sama-sama saling membantu satu sama lain dalam membina kembali momentum kita dalam berislam. Agar kita dapat merealisasikan rasa takwa dalam diri kita. Kerana itulah tujuan akhir dari Ramadhan ini.
Tetapi, jangan hanya Ramadhan sahaja kita bertakwa, lepas tu jadi syaitan balik. Jangan…
Jika Allah selalu menadah Tangan-Nya di siang dan malam hari untuk menerima taubat dari kita, kenapa kita kadang masih lagi liat untuk menadah tangan memohon ampunan daripada-Nya?
Cari Semula Kunci Hatimu
Manfaatkan saat Ramadhan yang masih ada ini untuk mencari semula di mana terletaknya kunci hati kita.
Cari semula kunci yang mungkin sudah lama hilang itu.
Dan buka semula mangga-mangga hati kita agar ianya semakin terasa manis, terasa bahagia ketika kita berkhalwat dengan Kekasih kita, iaitu Allah.
Dan agar hati kita semakin suburnya rasa komitmen dalam mahu berbuat yang terbaik dalam dakwah dan tarbiyah. Demi agama Allah.
Agar ianya menemukan cinta dan keredhaan Sembahannya. Iaitu Allah..
Hadirkan air mata ketika tahajjud kita di hadapan-Nya,
Hadirkan rasa syukur ketika Dhuha bersama-Nya,
Hadirkan rasa tenteram ketika kita berzikir mengingati-Nya,
Hadirkan rasa hina ketika beristighfar kepada-Nya,
Hadirkan rasa cinta ketika membaca kalam-kalam-Nya..
Hadirkan juga hati kita. Hadirkan ia dengan penuh kemurnian dan kesucian. Penuh kehinaan dan ketundukan.
Untuk bertemu dengan kekasih yang selalu kita rindui.. Iaitu.. Allah..
Carilah Malam al-Qadr demi meraih cinta dan redha Allah.
Bukan hanya sekadar menantikannya….
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Qur'an) pada malam qadar.
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.
Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahtera (malam itu) sampai terbit fajar."
[QS al-Qadr, 97:1-5]
Penulis bernama Mohamad Khir bin Johari merupakan seorang Mahasiswa di Universiti Teknologi Petronas dalam bidang Chemical Engineering.

Subscribe to:
Posts (Atom)