Sunday, August 21, 2011

30 Hari Mencari Cinta_NYA .Day 22


Salam ramadhan yang ke-22.Hari ini aku sedar yang aku telah 'cakap lawa' tanpa aku sedari ataupun dalam erti kata lain tidak bermaksud.Mungkin aku hanya ingin buat lawak tapi tiba-tiba ayat itu terpacul dari mulut aku.Harap maaf kawan-kawanku.Aku tak bermaksud begitu sedangkah lidah lagi tergigit dan ayat itu telah terkeluar dari mulut aku.Ya_allah SWT ampunkan kata-kataku itu,semoga ENGKAU mengampuni dosaku dari hambamu yang HINA ini.Maafkan aku kawanku walau kita baru berkenalan tapi saya tidak bermaksud menipu perkara itu.Dan penyesaln itu terlintas ketika saya duduk membaca artikel agama.MAAFKAN SAYA!!! sesungguhnya saya hanya manusia biasa yang kembali menyedarinya betapa kecilnya saya di muka bumiNYA.

Manusia suka bercakap meninggi diri dan suka bercakap banyak. Kedua sikap ini selalunya seiring. Yang suka meninggi diri biasanya suka bercakap banyak dan yang suka bercakap banyak juga suka meninggi diri.

Manusia jika mempunyai kelebihan, biasanya suka meninggi diri. Dan apabila meninggi diri, cakapnya juga tinggi tidak ada yang rendah. Ia suka bercakap seolah-olah dirinya sempurna dan tidak ada cacat celanya, dan orang lain semuanya salah belaka.

Marilah kita lihat dua keadaan manusia iaitu sebelum melakukan kesalahan dan setelah terlanjur bersalah…

Terdapat orang-orang yang terkenal di negara kita ini baik celibriti dan juga pemerintah negeri, sering bercakap seolah-olah mereka itu sempurna. Cakapnya tidak ada yang rendah seolah-olah mereka itu tetap duduk di atas tidak akan turun ke bawah. Dan mereka mengatakan mereka tidak ada salah dan tidak silap dalam kehidupan. Namun ramai yang bercakap seperti orang bermimpi, perbuatan mereka tidak sama dengan apa yang diperkatakan. Mereka bercakap jangan berbuat jahat namun dalam masa yang sama mereka sendiri berbuat jahat. Mereka seolah-olah tidak sedar mereka sedang berbuat kearah kejahatan.

Dan apabila mereka dikesan berbuat jahat, mereka pada mulanya malu-malu. Cakap mulalah bersopan dan teratur. Tidak ada lagi meninggi diri. Dan tidak lepas dari mulut “aku telah sedar”.

Tetapi itu hanya permulaan sahaja. Ketika hati sedang bersedih dikutuk orang ramai. Namun apabila keadaan mulai reda, sikap bercakap banyak dan meninggi diri itu bermula semula. Apabila ditanya orang “apakah yang pengajaran yang di dapati dari dikesan berbuat jahat”? Wah…berbuihlah dia bercakap, idola itulah, contoh inilah, mentornya profesor itulah, penasihatnya orang inilah…secara bahasa mudah bercakaplah dia seolah-olah telah lupa sejarah dirinya. Ditanya sepatah, wah jawabnya dua puluh patah perkataan. Ditanya sepuluh patah perkataan dijawabnya seratus patah perkataan. Namun apakah sebelum ini dia tidak punya penasihat, tidak punya mentor dan tidak punya hati nurani sebelum melakukan kejahatan?

Inilah sikap seperti yang disebut anak-anak muda sebagai “cakap lawa”. Mudah sekali ia lupa sejarah, mudah sekali ia “bercakap lawa” tanpa berlapik. Sering mereka berkata “Saya akan berhati-hati supaya perkara ini tidak berulang lagi”. Namun jarang sekali mereka berkata “insya’ALLah, saya serahkan diri kepada ALLah Taala yang menentukan hala tuju diri saya, saya tidak mahu lagi bercakap besar takut akan menimpa hidung semula”…amat jarang sekali.

Demikianlah sikap orang yang “cakap lawa” ini…cakap lawa tetap tidak mahu berhenti walau diri sudah terpalit noda. Sikap tetap tidak mahu mengalah. Apabila ditanya “apakah yang mahu dikatakan kepada orang diluar yang mencemuh anda?” Jawabnya “itu mereka punya sukalah, mereka tidak kena batang hidung, mereka hanya tahu mencela saya”. Tidak sekali-kali mereka berkata “Saya serahkan kepada ALLah semuanya. Saya memang salah maka berilah saya peluang berubah”…amat jarang. Yang ada orang luar itu pula dikutuknya.

Maka dengan sebab inilah Islam menurunkan ilmu akhlak iaitu ilmu tasauf. Ilmu Tasauf mengajar cakap hendaklah merendah kerana jika bercakap tinggi dibimbangi kembali kepada diri sendiri. Dan jika telah terlanjur, rubahlah cara dan penampilan. Tunjukkan sikap kia telah sedar dengan kesalahan dengan nada kalimat menyerahkan diri kepada ALLah Taala. Buangkanlah sikap “cakap lawa” yang lama…

Kerana orang akan memulangkan paku buah keras kepada kita apabila kita terlanjur berbuat salah…”Ha itulah dia…cakap lawa konon, dulu tak ingat, nah sekarang apa jadi? Tengoklah nanti berapa lama dia bertahan”.



KITA BUKANNYA BAIK SANGAT UNTUK CAKAP KITA BAIK...

1. Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh.

2. Kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin.

3. Kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain tak handsome.

4. Kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak cantik.

5. Kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat.

6. Kita bukanlah alim untuk cakap orang lain tak sembahyang.

7. Kita bukanlah kuat untuk kata orang lain lemah.

8. Kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut.

TAPI...

1. Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain.

2. Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan.

3. Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri.

4. Kita adalah cantik jikalau kita tidak menghina orang lain.

5. Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah kebaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain.

6. Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati.

7. Kita adalah kuat jikalau kita sentiasa membantu orang yang lemah.

8. Kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama.

Dan Munkin petikan di bawah adalah yang terbaek tuk diriku dan juga kamu dan kamu!!!

NABI Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidaklah Allah menutup aib seorang hamba di dunia melainkan nanti di hari kiamat Allah juga akan menutup aibnya.” (HR. Muslim) Tiada manusia yang sempurna dalam segala hal kecuali Rasulullah s.a.w. Biar pun indah pada rupa, tapi gaya bicaranya sangat lemah. Elok dalam penguasaan ilmu, tapi tidak mampu menguasai emosi dan mudah tersinggung, kuat di satu sisi, tapi lemah di sudut yang lain. Sebahagian dari kita, ada yang boleh menahan diri untuk tidak membicarakan aib orang lain, tapi ada juga sebahagian dari kita yang sulit menahan diri untuk tidak menggambarkan keburukan seseorang kepada orang lain. Bagi sebahagian orang, hal ini terasa sulit, kerana lidah kerap kali jadi nakal. Selalu saja terjentik untuk menyampaikan isu-isu baru yang menarik. Walau sebenarnya dia mengetahui, bahawa sesuatu yang menarik buat orang lain kadang buruk buat bahan yang dibicarakan. Di situlah ujian seorang mukmin untuk mampu memilih dan menilai, mana yang perlu dikhabarkan dan mana yang tidak. Perhatikan sabda Rasulullah SAW sebagai berikut, "Tidak akan masuk syurga orang yang suka mendengar berita rahsia orang lain." (Al-Bukhari). Sebaiknya, sebelum kita memberi reaksi terhadap aib orang lain, lihatlah dengan jujur seperti apa diri kita lebih baik atau lebih buruk? Apabila ternyata kita lebih baik, maka bersyukurlah, namun jika ternyata kita lebih buruk, maka segera bertaubat. Inilah yang dimaksud dengan, "bahawa seorang mukmin, adalah cermin bagi mukmin lainnya. Dan bila kita menemukan bahawa diri kita masih lebih baik dari saudara mukmin yang lain, maka jangan hendaknya menjadikan kita sombong dan sesuka hati menyebarkan aib orang lain." Perbuatan seperti ini selainnya tidak baik menurut perasaan dan akal sihat kita, ternyata syariat yang mulia pun mengharamkannya bahkan menekankan untuk melakukan yang sebaliknya iaitu menutup dan merahsiakan aib orang lain. Ketahuilah wahai saudaraku, siapa yang suka menceritakan kekurangan dan kesalahan orang lain, maka dirinya pun tidak aman untuk diceritakan oleh orang lain. Seorang ulama salaf berkata, “Aku mendapati orang-orang yang tidak memiliki cacat cela, lalu mereka membicarakan aib manusia maka manusia pun menceritakan aib-aib mereka. Aku dapati pula orang-orang yang memiliki aib namun mereka menahan diri dari membicarakan aib manusia yang lain, maka manusia pun melupakan aib mereka.” Seorang mukmin dengan mukmin lainnya adalah bersaudara. Perhatikan firman Alllah SWT berikut ini, إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
"Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." (QS. Al Hujuraat 49 : 10) Ketahuilah, orang yang gemar membicarakan aib orang lain, sebenarnya tanpa ia sedari, ia sedang memperlihatkan jati dirinya yang asli, iaitu, tidak boleh memegang rahsia, lemah kesetiakawanannya, penggosip, penyebar berita bohong (kerana belum tentu yang diceritakannya benar). Ketahuilah, semakin banyak aib yang ia bicarakan dan disebarkan, maka semakin jelas keburukan diri si penyebar. Lihatlah pula firman Allah SWT berikut ini, يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (QS. Al Hujurat 49 :12). Perhatikan hadith berikut ini: "Barangsiapa yang membela kehormatan saudaranya sesama muslim, maka Allah SWT akan membelanya dari neraka kelak di hari Kiamat." (HR. Tirmidzi 1932, Ahmad 6/450) Perhatikan juga sabda Rasulullah s.a.w. berikut ini: "Tahukah kalian apa itu ghibah? Jawab para sahabat : Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui. Maka kata Nabi s.a.w.: Engkau membicarakan saudaramu tentang apa yang tidak disukainya. Kata para sahabat: Bagaimana jika pada diri saudara kami itu benar ada hal yang dibicarakan itu? Jawab Nabi s.a.w.: Jika apa yang kamu bicarakan benar-benar ada padanya maka kamu telah mengghibah nya, dan jika apa yang kamu bicarakan tidak ada padanya maka kamu telah membuat kedustaan atasnya." (HR Muslim/2589, Abu Daud 4874, Tirmidzi 1935) Jadi bila masih ada dari kita yang kadang masih suka membicarakan dan atau mengungkapkan aib orang lain (sekalipun aib itu benar) maka sedarlah segera, kerana ghibah merupakan dosa besar yang hanya akan diampuni, setelah orang yang kita ghibah memaafkan kita. Dan biasanya, kebanyakan dari kita, sangat malu untuk meminta maaf dan mengakui kesalahan kita, pada orang yang telah kita bicarakan aibnya. Jika engkau merasa keras hatimu dan lemah badanmu dan berkurang rezekimu, maka ketahuilah bahawa engkau telah membicarakan yang bukan kepentinganmu.

No comments:

Post a Comment