Monday, August 22, 2011

30 Hari Mencari Cinta_NYA .Day 23

BILA DIRI DISAYANGI


Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut nama Mu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa,
keagungan kasih merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap nama Mu,
terasa diriku kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri

Rangkap kedua menerangkan yang Allah itu tidak ditempat yang spesifik, Dia sentiasa ada dimana-mana sehaja kerana Dia Maha Melihat dan Maha Mendengar. Ini bermakna sebagai orang Islam kita amatlah beruntung, walau dimana kita berada, kita boleh berdoa meminta pertolongan dariNya. Tidak kira waktu, siang atau malam, kerana Dia tidak tidur, Dia tidak letih, Mahasuci Allah yang amat sempurna. Justeru, kita wajib menjaga hubungan dengan Dia dan mencintai Dia lebih dari segala supaya kita tidak terlepas dari kasih sayangNya.

Namun, ramai orang disekelilingku meletakkan cinta kepada ciptaanNya melebihi cinta kepadaNya dan rasulNya.

Teringat ayat Al-Quran berkaitan dengan cinta. Surah At-Taubah ayat 24 :

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."
Rangkap yang ketiga yang paling favourite. Sungguh, dengan mengingatiNya, kekuatan akan hadir walau dalam apa jua keadaan yang kita lalui. Ketika waktu susah, jika mengingatiNya, akan terasa segalanya amat senang dan terasa yang Dia masih menyayangi. Walau susah, terasa indah segala, walau payah rasa tenang kerana Dia sentiasa ada. Subhanallah itulah nikmat dari Ya Rahim. Sesungguhnya, Allah sudah berjanji kepada orang mukmin yang lebih kurang bunyinya, “Ingatilah Aku, nescaya kamu akan merasa tenang”.


No comments:

Post a Comment