Wednesday, August 3, 2011

30 Hari Mencari Cinta_NYA .Day 3


Salam Ramadhan.Hari ke-3 di bulan ramadhan ni bersamaan dengan 3 ogos 2011 aku nak share kan sesuatu yang aku rasa korang suma mesti tau.Hangpa mesti suma pernah dengar iklan kat tv or radio ataupun majalah ka suratkhabar ka tentang buah yang paling glamer bila tiba time bulan posa ni.Emm pi la mana-mana kedai ka shoping komplek ka malah market kepala batas ka mesti jumpa.kalu tak jumpa mesti hgpa BUTA no!! haha..just kidding.Malah sebut ja nama buah ini...budak-budak kecik otomatik akan kata"YUSUF TAIYOB" hahaha.La ni aku bukan nak citer pasai pak yusof ni..mahupun anak pak yusof si bunga cengkih tu.Tapi aku nak citer pasai khasiat BUAH KURMA dan rahsianya.

Baginda S.A.W menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud
"Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang.Sekiranya tiada maka baginda s.a,w akan berbuka dengan beberapa biji anggur,dan sekiranya tiada baginda s.a.w akan meminum beberapa teguk air"(riwayat Ahmad)

Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi.Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang Maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi.

Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalahbatuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.

Selain Khasiatnya yang terlalu banyak buah ini Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, dalam al-Qur'an terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.Hadis lain menyatakan kelebihan buah kurma.
daripada Adiy b.Hatim ia berkata" Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda-
"Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) dengan sebelah kurma"
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma,iaitu walaupun kita bersedekah dengan hanya sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.Sabda Rasulullah lagi
"Rumah yang tidak ada kurma didalamnya akan membuat penghuninya lapar"

Akhir kata yunatie pada hari ke-3 ramadhan "Anda buat Anda Dapat!!" hehehe.bersambung esok


1 comment: